Nama pada pakaian.
Mudah kenal, mudah cari.
Label nama untuk pakaian anak-anak, dilekatkan menggunakan seterika biasa. Boleh campur nama dalam satu set untuk adik-beradik.
RM15 / set · 60 keping

Iron-on Label Nama
Letakkan nama pada pakaian sekolah supaya lebih mudah dikenal pasti. Hantar senarai nama dan bilangan label bagi setiap nama semasa membuat tempahan.
| Harga satu set | RM15 |
|---|---|
| Kuantiti | 60 keping |
| Pilihan nama | Boleh campur nama |
| Cara lekat | Menggunakan seterika |
Klik gambar untuk besarkan. Semak pilihan design dan pembahagian nama melalui WhatsApp.
Tempah Iron-on Label ↗Lihat label & penggunaannya.
Rujukan produk dan contoh label nama pada pakaian.
Pilih design Iron-on Label.
Lihat koleksi design, kemudian hantar kod atau screenshot pilihan bersama senarai nama melalui WhatsApp.
Sertakan pilihan design semasa membuat tempahan supaya kami boleh semak detail cetakan.
Cara guna seterika.
Iron-on Label boleh digunakan pada fabrik yang boleh diseterika.
Letak & lapik label
Letakkan sticker pada fabrik yang hendak dilekatkan. Lapik label dengan kain nipis.
Panaskan seterika
Laraskan suhu mengikut jenis fabrik. Matikan fungsi wap, kemudian tekapkan seterika pada label yang telah dilapik.
Tekap 20–35 saat
Tekap sehingga ira fabrik kelihatan pada label, lebih kurang 20–35 saat bergantung pada tetapan seterika masing-masing.
Semak lekatan
Jika label tidak melekat, ulang langkah 2 dan 3.
Hantar nama. Kami urus cetakan.
Pilih bilangan set
Satu set mengandungi 60 keping label dengan harga RM15.
Hantar senarai nama
Nyatakan ejaan tepat dan pembahagian label jika mahu campur nama.
Semak detail
Sahkan pilihan design, ejaan, jumlah tempahan dan alamat penghantaran melalui WhatsApp.
Sahkan tempahan
Dapatkan arahan bayaran, caj penghantaran dan anggaran siap daripada kami.
Sebelum buat tempahan.
Boleh campur nama dalam satu set?
Ya. Hantar senarai nama dan pembahagian label yang diperlukan. Jumlah satu set ialah 60 keping.
Bagaimana label dilekatkan?
Label dilekatkan pada pakaian menggunakan seterika biasa. Rujuk panduan cara guna seterika di atas.
Boleh guna pada buku atau botol?
Iron-on ialah label untuk pakaian. Untuk buku dan alat tulis, lihat Sticker Sekolah atau beritahu kegunaan yang diperlukan melalui WhatsApp.
Berapa lama siap dan berapa caj pos?
Hantar bilangan set, lokasi penghantaran dan tarikh diperlukan melalui WhatsApp untuk semak jadual serta caj semasa.
Nak label pakaian anak-anak?
Hantar nama dan bilangan set. Boleh campur nama dalam satu set.


